PERATURAN PENGGUNAAN PADANG BOLA SEPAK SINTETIK
UniSports Arena UniSZA
- Penggunaan padang sintetik UniSZA boleh ditempah melalui web rasmi yang disediakan oleh pihak UniSZA.
- Waktu penggunaan padang sintetik adalah bemula jam 12.00 p.m sehingga 12.00 a.m. Pukul 12.00 a.m ada lah waktu terakhir untuk pengguna menempah padang.
- Tempahan padang sintetik perlulah dilakukan dengan bayaran penuh bagi setiap slot masa yang dipilih.
- Jika ada pembatalan tempahan, bayaran yang dibuat daripada sistem tidak akan dikembalikan.
- Pengguna diwajibkan menggunakan kasut jenis stud pendek (FG atau AG) yang sesuai untuk padang tiruan.
- Pengguna adalah dilarang menggunakan kasut stud panjang (SG) atau stud logam yang boleh merosakkan permukaan padang.
- Tidak dibenarkan membawa masuk minuman bergula, berkarbonat, makanan berminyak dan gula-gula getah di dalam kawasan padang.
- Tidak dibenarkan membawa masuk meja, kerusi atau peralatan lain tanpa mendapat kelulusan dari pihak UniSZA.
- Dilarang menggunakan padang untuk aktiviti lain selain bola sepak.
- Dilarang menggunakan padang ketika hujan lebat bagi mengelakkan struktur bawah rumput/padang rosak.
- Pengguna perlu hadir tepat pada waktu penggunaan padang seperti yang ditetapkan dalam slot tempahan dan berhenti bermain mengikut masa. Caj tambahan akan dikenakan jika lewat keluar dari padang.
- DILARANG sama sekali merokok atau menggunakan vape di kawasan padang.
- Elakkan meluncur badan (sliding tackle) berlebihan untuk mengurangkan risiko kecederaan dan potensi kerosakan padang.
- Pengguna hendaklah menjaga kebersihan padang. Segala sampah hendaklah diuruskan sendiri oleh pengguna.
- Sebarang kecuaian yang mengakibatkan kerosakan kemudahan di padang boleh menyebabkan penalti atau tuntutan caj ganti rugi kepada pengguna.
- Pihak UniSZA berhak menarik balik atau membatalkan tempahan serta-merta sekiranya didapati pengguna melanggar mana-mana peraturan yang telah ditetapkan.
- Pihak UniSZA juga berhak menambah mana-mana syarat yang tidak dinyatakan atau meminda mana-mana syarat yang ada di dalam peraturan ini mengikut keadaan semasa yang diperlukan.